Seorang penyokong pasukan Manchester United diaporkan dipecat selepas mengambil gambar swafoto bersama bintang Manchester City, Riyad Mahrez.
Menerusi Daily Star, Craig Willis memuatnaik foto memakai baju Manchester United bersama Mahrez pada hari pertamanya di tapak projek apartment mewah.
Bagaimanapun, Craig telah melanggar peraturan penjarakan sosial apabila mendekati Mahrez terlalu rapat, menyebabkan majikannya mengarahkan agar dia tidak lagi kembali bekerja.
Craig yang berang dengan keputusan itu menyatakan tindakan majikannya sebagai keterlaluan.
“Saya rasa ia keterlaluan. Mahrez nampak ok dengan apa yang berlaku. Dia kata tak ada masalah
“Saya ambil gambar dan dapat panggilan dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Saya ambil selfie adalah untu kawan baik saya yang juga penyokong Manchester City.
“Ia bukannya hari kebiasaan yang kamu dapat melihat seorang bintang seperti itu”, kata Craig sambil dibidas oleh majikannya.
Majikannya pula mempertahankan tindakan itu sambil berkata yang keselamatan semua pihak ditapak projek adalah menjadi keutamaan mereka sepanjang masa.
Sumber: Star Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.