Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia, banyak perlawanan bola sepak turut ditunda dan ada juga yang dibatalkan.
Namun masih ada liga-liga utama Eropah yang tetap meneruskan perlawanan dalam masa ini dengan syarat perlu bermain dalam stadium tanpa penyokong. Akibatnya, ia membuatkan perasaan janggal baik kepada penonton dan juga kepada pemain.

Penyokong Borussia Moenchengladbach, sebuah kelab utama Liga Jerman (Bundesliga) telah mencari inovatif bagi menaikkan semangar kelab mereka iaitu dengan mencetak wajah peminat pada kadbod untuk diletakkan di tempat duduk dalam stadium.

Dengan hanya bayaran 19 euro (RM90), penyokong kelab berkenaan berpeluang meletakkan gambar masing-masing pada kadbod seterusnya diletakkan di kerusi di tempat duduk penonton.

“Kami sudah mendapat 6,500 tempahan. Ia sangat mengejutkan dan kami tidak pernah menjangkakan perkara ini,” kata Pengerusi Fanprojekt Moenchengladbach (FPMG) Thomas Ludwig.
Pemain Gladbach, Patrick Herrmann berkata, gambar penyokong ini secara tidak lansung menaikkan semangat mereka untuk berlatih di Borussia Park.
Sumber: Barrons
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.