Seorang penunggang motosikal dilihat membuka langkah silat selepas motosikalnya dilanggar oleh sebuah kereta di Shah Alam.
Menerusi video yang tular dilaman sosial, penunggang motosikal itu dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan menunggang motosikalnya dengan laju ketika kenderaan dari arah kiri sedang bergerak.
Selepas dilanggar oleh kenderaan jenis Perodua Alza, penunggang berkenaan tiba-tiba berdiri dan terus membuka langkah silat.
Lelaki itu kemudian memegang kakinya bagi menahan kesakitan sebelum membuka langkah silat sekali lagi di tepi laluan berkenaan.
Video juga menunjukkan dua penunggang motosikal lain berhenti dan membantu mangsa.
Rata-rata warganet memberikan reaksi berbeza terhadap insiden berkenaan.
Sumber: Sinar Harian / Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.