Sebuah motosikal yang dinaiki dua orang wanita terbabas dan melanggar kereta akibat kecuaian penumpang sebuah kereta yang membuka pintu ketika di atas jalan raya.
Kejadian itu berpunca apabila mangsa cuba mengelak pintu kereta berkenaan yang secara tiba-tiba dibuka ketika menunggu lampu isyarat.
Video yang dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan di belakang mangsa dikongsi di laman Facebook dan pelbagai reaksi daripada warganet yang menyifatkan perbuatan itu bahaya kepada pengguna jalan raya.
Dilaporkan, insiden yang berlaku di Melaka mendapat kecaman hebat daripada warganet mengenai perbuatan wanita yang membuka pintu kereta itu.
Mujur tiada kecederaan yang serius dilaporkan mangsa yang menaiki motorsikal dan kereta yang dilanggarnya itu.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.