Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pensyarah didakwa memarahi seorang pelajar akibat tidak memiliki komputer riba.
Susulan itu, isu berkenaan mendapat reaksi daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor memaklumkan pihaknya difahamkan kejadian tersebut berlaku pada semester lalu.
“Saya difahamkan bahawa perkara tersebut berlaku semester lepas dan bukannya semalam jadi maknanya isu ini mesti ada perancangan mengapa ia dimuat naik semalam (Selasa).
“Apa pun kami dah ambil tindakan dan insya-Allah kita sentiasa ingin berikan yang terbaik buat semua pelajar,” katanya.
Malah, beliau mengesahkan pensyarah yang terlibat merupakan lantikan kontrak UiTM yang mengajar pada semester tersebut dan ketika ini masih mengajar di UiTM Seri Iskandar, Perak.
Isu ini menjadi hangat apabila ramai warganet tidak berpuas hati atas tindakan pensyarah tersebut seolah merendah-rendahkan pelajar yang tidak mampu memiliki komputer riba ketika sesi pengajian secara atas talian.
Pelbagai reaksi daripada semua pihak dan ramai yang tidak bersetuju dengan cara tersebut sehingga memperlekehkan golongan B40.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.