Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Penolong Profesor Cipta Sejarah Menang Emas Untuk Malaysia Acara E-Sukan. Tahniah!

Beliau membuktikan bahawa bermain permainan elektronik juga boleh berjaya dalam akademik. Hebat!
Editor
09 Dec 2019, 05:48 PM

Dr Yew Weng Keng, seorang ahli akademik telah mencipta sejarah sebagai atlet pertama Malaysia yang memenangi pingat emas acara e-Sukan di Sukan SEA 2019 hari ini.

Acara yang pertama kali dianjurkan itu telah dimenangi oleh atlet berusia 29 tahun bagi permainan Hearthstone dengan menewaskan peserta Thailand Werit Popan 3-1 untuk pingat emas.

Beliau merupakan pemegang PhD dalam Kejuruteraan Elektronik dan juga merupakan penolong profesor di Universiti Heriot Watt.

Dikenali dengan nama wkyew90, Wang Keng menolak persepsi orang ramai yang menganggap permainan elektronik tidak boleh berjaya dalam pendidikan dan kerjaya, sekaligus membuktikan ia pada temasya Sukan SEA 2019 kali ini.

“Pingat emas ini, amat bermakna untuk saya dan Malaysia, kerana ini pingat emas pertama negara dalam e-Sukan dalam sejarah Sukan SEA. Rasa kagum, gembira dan bersyukur ... saya percaya saya dapat mencipta sejarah, dengan menyumbangkan satu pingat emas kepada negara dan saya amat gembira untuk memenanginya.

“E-Sukan satu trend sekarang ini, akan terus ada walau apapun kita lakukan ... Remaja dan generasi kita akan datang akan lebih dan lebih terikut dengan permainan elektronik, ibu bapa seharusnya melihatnya dari segi positif, kerana permainan elektronik sebenarnya boleh meningkatkan pemikiran serta pemikiran strategik dan kritikal.

“Kesemua ini adalah skil yang diperlukan dalam kehidupan, namun anak-anak perlu mengimbangkan antara permainan, aktiviti kesihatan dan juga pendidikan. Jika sepenuh masa bermain tanpa peningkakan dalam pelajaran, anda tidak akan berjaya,” katanya kepada Bernama.
 

Malaysia sebelum ini telah memenangi pingat gangsa dalam pertandingan Mobile Legends: bang Bang selepas tewas kepada pasukan tuan rumah 0-2, semalam.

Sebanyak 6 pingat dipertandingkan dalam e-sukan pada temasya kali ini menerusi acara Tekken 7, Starcraft II, Heartstone, Arena of Valor, Dota 2 dan Mobile Legends: Bang Bang.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}