Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) FC melakar sejarah setelah menamatkan kemarau hampir 32 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia 2021 dengan membenamkan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan mata 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Penantian itu berbaloi bagi pasukan ibu kota tersebut dalam meraih kemenangan hasil daripada usaha mereka sepasukan.
Namun, perlawanan akhir semalam beralih fokus kepada aksi seorang pemain kelab KL City yang berjaya mempamerkan aksi hebat dalam mengawal gawang gol pasukannya.
Berasal dari Filipina, Kevin Ray Mendoza Hansen, penjaga gol kelab KL City yang memiliki wajah yang tampan menarik perhatian ramai peminat sukan tanah air ketika menyaksikan perlawanan tersebut.
Biarpun perlawanan tersebut sudah berakhir dengan kemenangan KL City, Kevin menjadi sebutan warganet sehingga namanya ‘trending’ di laman Twitter.
Ramai yang baru mengetahui Kevin merupakan pemain bola sepak profesional pasukan kebangsaan Filipina selain bermain sebagai penjaga gol untuk kelab KL City dalam Liga Super Malaysia.
Malah, pengikutnya di laman media sosial menaik secara mendadak setelah perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 malam semalam.
Rata-rata warganet turut bangga dengan pencapaiannya dan komited dalam mempamerkan aksi yang cemerlang.
Selain, wajah tampan yang dimilikinya antara perkara yang disebut-sebut para peminat sukan bola sepak di laman media sosial.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.