Bank diserata dunia, biasanya mempunyai sebuah mesin pengira wang yang membantu staf bank untuk mengira wang yang banyak. Tetapi bagaimana sekiranya mesin itu tiba-tiba rosak?
Ia mungkin tidak menjadi masalah buat pekerja bank di China ini kerana mereka mempunyai kelebihan untuk mengira sejumlah wang yang banyak dengan hanya menggunakan jari.
Kelebihan ini juga telah dijadikan cabaran menerusi laman televisyen CGTN dalam rancangan Impossible Challenge. Pengira wang terbaik di negara itu telah dibawa untuk mengira sejumlah wang dalam masa 30 saat dengan mata tertutup!
Menurut rekod dunia, Zhuo Mingjing yang berkerja di Bank Industri dan Komersial China telah mengira 202 wang kertas dalam masa 30 saat.
Ada yang boleh buat macam ni tak?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.