Seorang penghantar makanan didapati bersalah apabila mencabul kehormatan seorang wanita warga Indonesia pada Rabu lalu.
Tertuduh, Muhammad Falihin Abdul Talib, 28, sebelum itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abd. Wahab.
Hukuman denda RM4,000 juga dikenakan Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tertuduh.
Muhammad Falihin didakwa meraba payudara seorang wanita warga Indonesia dan menggunakan kekerasan terhadapnya jika mengikut pertuduhan.
Kira-kira pukul 12.30 tengah hari berlakunya kejadian tersebut di Jalan Bukit Gambir pada 20 April lalu.
Lelaki tersebut menaiki motosikal dari arah belakang lalu menghimpitnya di sebelah kanan sebelum meramas payudara kanan mangsa tersebut.
Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazri Abdul Rahim, manakala tertuduh diwakili peguam S. Bommy.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.