Seorang penghantar makanan yang bekerja sambil belajar selama empat tahun berjaya menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal.
Kerjayanya sebagai ‘rider’ sepenuh masa sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah penghalang bagi Mohd Akmal Azhar, 36 tahun, untuk menyiapkan tesis pengajiannya.
Malah, Akmal pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Pahang (UMP) selama enam tahun sebelum kontraknya tidak sambung pada tahun 2017.
Bapa kepada lima orang anak ini menyambung pengajian ke peringkat PhD setelah UMP menawarkan pembiayaan selama tiga tahun bagi menyiapkan tesisnya namun pada tahun keempat pengajian, beliau perlu mencari sumber pendapatan sendiri bagi membiayai pengajiannya itu.
Dia juga mengakui bekerja sebagai penghantar makanan dan untuk menyiapkan tesis PhD sangat mencabar daripada segi mental dan fizikal.
Tidak dinafikan, lebih 10 hingga 12 jam sehari dihabiskan Akmal untuk menghantar pesanan pelanggan di sekitar Bandaraya Kuantan.
Namun, dia tetap tabah untuk menamatkan pengajiannya selain mencari rezeki untuk keluarganya.
Akmal pernah dipandang rendah masyarakat akibat pekerjaannya sebagai penghantar makanan yang disifatkan tiada kelayakan dan kerja rendah tetapi ia tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus belajar.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.