Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Pengantin Wanita Positif COVID-19, Suami Terpaksa Akur Sanding Sendiri

Hanya komputer riba jadi teman bersanding!
Muhammad Izwan Zainal
03 Mar 2022, 02:57 PM

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila kisah pasangan pengantin baru ini tidak dapat bersanding bersama  akibat dijangkiti COVID-19.

Pengantin perempuan Fazliana Sjafni akur aoabila disahkan positif wabak tersebut dan suaminya Meor Izz Rasydan hanya bersanding seorang diri dan bertemankan sebuah komputer riba di atas pelamin.

pengantin wanita positif covid-19, suami terpaksa akur sanding sendiri

Menerusi perkongsian di laman TikTok @kakleeha, video itu memaparkan pengantin perempuan lengkap berpakaian songket biru sedondon namun hanya sekadar panggilan video sahaja melalui komputer riba.

Menurut Meor, dia dan pasangan sudah merancang hampir setahun lalu untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah dewan di Jalan Ampang.

Malah, pasangan ini juga tidak pernah melihat atau berada di dewan terbabit walaupun selepas bernikah pada 22 Februari lalu.

"Rasa sebak dan sedih tetapi saya akur, reda atas ketentuan Ilahi jika ini qadak dan qadar Allah yang sudah tertulis," katanya.

pengantin wanita positif covid-19, suami terpaksa akur sanding sendiri

Isterinya, Fazliana yang sedang menjalani kuarantin menerima dengan hati terbuka setelah disahkan positif Covid-19 sehari sebelum majlis resepsi iaitu pada 27 Februari lalu.

Mereka juga secara kebetulan tinggal berasingan selepas bernikah dan disebabkan itu suaminya tidak bergejala dan keputusan ujian Covid-19 juga negatif.

"Bagi mengatasi situasi tidak terduga ini, saya bersama adik ipar dan keluarga suami cuba sedaya upaya mencari jalan dengan cara mengadakan persandingan secara virtual iaitu melalui panggilan video.

"Kerana itulah, suami terpaksa bersanding bersama komputer riba di pelamin dan saya pula di rumah hanya mampu membuat panggilan video dengan sepersalinan songket yang sepatutnya kami idamkan untuk dipakai bersama pada majlis resepsi," ujarnya.

Tambahnya, pasangan ini bertindak untuk meneruskan majlis resepsi mereka kerana kebanyakan tetamu jemputan sudah tiba di Kuala Lumpur sehari lebih awal.

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}