Belum sempat Malaysia meraikan kemenangan wakil negara, Shweta Sekhon bagi kategori Best National Costume di acara Miss Universe 2019, nampaknya kemenangan itu adalah milik Filipina.
Filipina yang diwakili oleh Gazini Ganados diumumkan menang kategori tersebut seperti yang diumumkan oleh pengacara, Steve Harvey.
Berita kesilapan pengumuman itu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna laman sosial sejak tengah hari tadi.
Dalam masa sama, video yang dimuatnaik menerusi akaun rasmi Twitter @missuniverse yang mengumumkan bahawa Malaysia menang kategori itu juga telah dipadam.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.