Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Pengadu Gagal Tampil Buat Aduan, Roti Canai RM4 Didakwa Tak Benar? - “Tiada Sebarang Aduan Rasmi Dibuat”

Pemilik gerai pun gagal dikesan!
Muhammad Izwan Zainal
07 Dec 2021, 02:15 PM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah memaklumkan tidak menerima sebarang aduan rasmi berkenaan peniaga menjual sekeping roti canai kosong berharga RM4 di sebuah gerai di Langkawi, Kedah.

pengadu gagal tampil buat aduan, roti canai rm4 didakwa tak benar? - “tiada sebarang aduan rasmi dibuat”

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kedah, Mohd. Shahran Mohd. Arshad berkata, pihaknya gagal mengesan gerai berkenaan setelah cuba pergi ke lokasi yang dihebahkan dalam perkongsian yang tular itu.

Malah, keterangan daripada Persatuan Pengguna Kedah juga diambil bagi mengesan premis berkenaan sebelum ini.

“Siasatan awal mendapati, aduan ini hanya diambil daripada ‘hear and say’ iaitu cakap-cakap orang dan tiada bukti ditemukan seperti resit atau lokasi sebenar premis.

“Kita sudah menyeru agar pengadu ini tampil membuat aduan secara rasmi bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil namun sehingga kini tiada sesiapa yang muncul,” katanya.

pengadu gagal tampil buat aduan, roti canai rm4 didakwa tak benar? - “tiada sebarang aduan rasmi dibuat”

Tambahnya, pihaknya komited untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan memandang serius terhadap kenaikan harga yang tidak munasabah.

“Seperti kes hidangan seekor ikan siakap yang dijual lebih EM1,000 sebelum ini, kita ke Rawang, Selangor untuk mengambil keterangan pengadunya untuk membuka kertas siasatan, jalankan pemeriksaan dan akhir kes tersebut diselesaikan.

“Kita berharap semua pihak mengambil tanggungjawab agar tidak memviralkan sesuatu yang tidak pasti dan tidak mempunyai bukti kukuh agar tidak mencetuskan panik dalam kalangan pengguna,” katanya.

pengadu gagal tampil buat aduan, roti canai rm4 didakwa tak benar? - “tiada sebarang aduan rasmi dibuat”

Terdahulu, seorang pelancong dikhabarkan terkejut apabila dikenakan harga RM4 bagi sekeping roti canai kosong di sebuah gerai di Langkawi, Kedah.

Sumber: [1]

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}