Seorang penerjun payung terjun mendarat di sebuah stadium ketika perlawanan bola sepak Euro 2020 antara Perancis dan Jerman di Arena Allianz, Munich sedang berlangsung.
Kejadian yang berlaku pada Rabu lalu menyebabkan penonton panik dan terkejut dengan tindakan penerjun itu yang mendarat di atas padang.
Lelaki itu merupakan seorang aktivis dan dia dikatakan cuba melakukan protes dengan menggunakan payung terjun itu.
Video rakaman kejadian itu tular di laman Twitter dan ia turut dikongsi ramai pengguna tersebut.
Pihak pengurusan bertindak mengusir keluar individu tersebut sebelum perlawanan kembali semula.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.