Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dijalankan sesetengah kawasan dan terkini di Selangor dan Kuala Lumpur, kerajaan memberi kebenaran untuk keluar bagi tujuan mendapatkan suntikan vaksin.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau memaklumkan perkara tersebut setelah ramai keliru sama ada boleh keluar mendapatkan vaksin atau tidak di kawasan PKPD.
Tambahnya, bagi mereka yang ingin pulang ke kampung untuk membawa ahli keluarga untuk tujuan mendapatkan suntikan vaksin sama ada di luar daerah atau negeri juga dibenarkan.
“Mereka hanya perlu menunjukkan temujanji MySejahtera dan mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
“Bagi tujuan pergerakan mendapatkan vaksin, maksimum tiga orang dibenarkan termasuk pemandu,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.