Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Penduduk Di Malaysia Boleh Alami Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang Bermula Hari Ini

Tiada bayang jatuh ke bumi?
Muhammad Izwan Zainal
28 Mar 2022, 02:10 PM

Fenomena tengah hari tanpa bayang boleh dialami beberapa bandar utama di Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam serta beberapa bandar lain pada Isnin.

penduduk di malaysia boleh alami fenomena tengah hari tanpa bayang bermula hari ini

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba, pihak memaklumkan peristiwa Ekuinoks Isnin lepas iaitu matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa yang menyebabkan fenomena itu berlaku.

“Semasa peristiwa Ekuinoks, seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam,” katanya.

Malah, peristiwa Ekuinoks juga sebagai tanda perubahan musim iaitu bermula musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan bumi akan mula mengalami musim luruh.

“Fenomena ini dipanggil fenomena tengah hari tanpa bayang kerana pada waktu tengah hari, matahari akan berada tepat di atas kepala setiap orang di atas sepanjang garisan Khatulistiwa,” katanya.

Tambahnya, penduduk di Malaysia dapat merasa bayang kepala dan badan akan terjatuh ke tapak kaki seolah-olah tiada bayang yang jatuh ke bumi.

“Fenomena tanpa bayang di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berlaku jam 1.19 petang manakala Shah Alam, 1.20 petang,” ujarnya.

penduduk di malaysia boleh alami fenomena tengah hari tanpa bayang bermula hari ini

Tambahnya, beliau juga berkata Malaysia mula mengalami fenomena berkenaan pada Rabu lepas di Serian, Sri Aman dan Betong di Sarawak serta Kukup di Johor.

Bandar terakhir dijangka akan mengalami fenomena ini adalah Kudat dan Jambongan di Sabah pada 7 April.

“Selepas itu matahari akan semakin teranjak ke latitud lebih ke utara iaitu ke negara seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}