Pendaki gempar apabila fenomena salji turun terjadi kira-kira tiga minit di Sayat-Sayat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu iaitu di Kilometer 8.72 pada Isnin.
Malah, momen itu sempat dirakam dirakam oleh pelatih laluan Via Ferrata, Hajiri Sulumin, 47, ketika sedang menunggu pendaki di Sayat-Sayat pada jam 7.18 pagi.
Menurutnya, phenomenon tersebut berlaku secara spontan dan ia berlalu dengan pantas sekali antara dua hingga tiga minit sahaja.
“Ketika itu saya sedang menunggu pendaki yang berada di puncak dan tiba-tiba ada salji turun tetapi sekejap saja antara dua hingga tiga minit.
“Ketika kejadian, saya berada di Sayat-Sayat Check Point dan saya percaya ia sehingga di puncak,” katanya.
Tambahnya, dia menjelaskan strukturnya memang salji dan menafikan ia bukanlah ketulan ais yang biasa dilihat ketika di puncak Gunung Kinabalu sebelum ini.
“Ia memang salji seperti kepingan ringan, kalau ketulan ais ia berat.
“Ada ramai pendaki ketika itu dan saya terpaksa menunggu mereka lebih lama sedikit kerana pendaki yang lain sedang menyaksikan kehadiran 'salji' di atas puncak,” ujarnya.
Pelatih Via Ferrata juga berkongsi kejadian tersebut juga pernah terjadi dan disaksikannya sendiri pada 2018 lalu.
Menurut Pengurus Taman Kinabalu, Justinus Guntabid berkata fenomena salji turun di Gunung Kinabalu turut pernah direkodkan pada 1975 dan 1993.
“Purata suhu di Panalaban pada jam 2 hingga 10 pagi tadi kira-kira 6.9 hingga 12.3 darjah celsius.
“Kiranya hari ini lebih sejuk daripada biasa tetapi kalau di atas mungkin lebih sejuk lagi dan mereka yang melihat salji hari ini dianggap bertuah,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.