Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Pencipta Vaksin COVID-19 Percaya Kewujudan Virus Itu Akan Jadi Seperti Selesema Biasa Dalam Kehidupan Seharian

Pencipta vaksin AstraZeneca percaya virus itu akan bertukar menjadi lemah dan akan wujud dalam kehidupan harian manusia.
Muhammad Izwan Zainal
27 Sep 2021, 12:40 PM

Pencipta vaksin AstraZeneca, Dame Sarah Gilbert percaya bahawa Covid-19 akan bertukar menjadi lemah seperti selesema biasa dan tidak dapat ‘mengelak’ daripada keberkesanan vaksinasi.

pencipta vaksin covid-19 percaya kewujudan virus itu akan jadi seperti selesema biasa dalam kehidupan seharian

Menurutnya, virus Sars-CoV-2 yang menjadipunca kepada wabak itu tidak akan bermutasi menjadi varian berbahaya tetapi ia akan menjadi virus korona yang wujud dalam kehidupan harian manusia.

“Kita sudah pun hidup dengan empat virus korona manusia berbeza yang tidak terlalu dihiraukan. Saya berpendapat bahawa Sars-CoV-2 akan menjadi satu daripada virus itu.

“Cuma yang menjadi persoalan sekarang adalah berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai keadaan itu serta langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawalnya sebelum keadaan itu mampu dicapai,” katanya.

pencipta vaksin covid-19 percaya kewujudan virus itu akan jadi seperti selesema biasa dalam kehidupan seharian

Malah, beliau tidak menafikan virus Covid-19 juga tidak dapat bermutasi untuk mengelak daripada vaksin yang diberikan.

“Lonjakan dalam protein yang disasarkan oleh vaksin hanya memiliki kemampuan terbatas untuk bermutasi, namun virus masih boleh masuk ke dalam sel manusia.

“Sekiranya ia mampu mengubah protein yang melonjak sehingga tidak dapat berinteraksi dengan reseptor, barulah ia tidak dapat memasuki sel manusia,” ujarnya.

pencipta vaksin covid-19 percaya kewujudan virus itu akan jadi seperti selesema biasa dalam kehidupan seharian

Namun, beliau menegaskan vaksinasi adalah perkara paling penting bagi mengawal pandemik pada masa akan datang dan inisiatif untuk memerangi wabak itu berleluasa.

Beliau juga menyeru setiap negara perlu menyediakan pelbagai persediaan untuk menghadapi pandemik ini serta mengelakkan ia daripada menular dengan luas.

“Kita perlu mampu untuk bertindak pantas terhadap mana-mana wabak sebaik sahaja ia dikenal pasti seperti melaksanakan vaksinasi pada populasi tempatan, mengawal wabak dan menghentikannya daripada terus merebak,” ujarnya lagi.

Sumber: The Sun

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}