Satu kejadian gempa bumi telah dilaporkan terjadi di Utara Sumatera petang semalam pada skala 6.3 skala Rithcer, telah menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang turut terkesan.
Memetik hantaran dari Penang Kini, antara yang merasai gegaran itu adalah pekerja di Bangunan NB Tower, Butterworth dan penuntut Penang International Dental College, kira-kira jam 2.10 petang.
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat telah dihantar ke lokasi bagi memantau keadaan namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber: Penang Kini
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.