Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Imej Paling Jelas Pernah Dirakam, Objek Aneh Dekat Dengan Kamera Sebelum Hilang Tiba-Tiba

Apa agaknya objek yang terbang dekat dengan ISS ni ya?
31 Dec 2020, 12:33 PM

Satu objek misteri telah dilihat melintasi kapal SpaceX, dan digambarkan sebagai penampakan terbaik tahun ini.

imej paling jelas pernah dirakam, objek aneh dekat dengan kamera sebelum hilang tiba-tiba

Rakaman yang menimbulkan tanda tanya ini diambil ketika kapsul Dragon sampai di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk menghantar kargo pada 6 Disember lalu.

Dalam klip itu, objek "logam" yang tidak diketahui dapat dilihat bergerak ke atas layar kamera sebelum ia hilang secara tiba-tiba.

imej paling jelas pernah dirakam, objek aneh dekat dengan kamera sebelum hilang tiba-tiba

Klip rakaman dari kamera ini dihantar ke saluran YouTube UFO Thirdphaseofmoon dan meskipun penampakan itu hanya untuk selama beberapa saat, ia telah dipuji sebagai salah satu rakaman dan imej paling jelas setakat ini.

Blake Cousins, yang menjalankan saluran Youtube itu berkata objek itu sepertinya memiliki tiga pelancar di belakang tetapi tidak menyerupai jenis pesawat atau roket dari Bumi.

"Beberapa orang mula membuat spekulasi, seperti yang saya lakukan, ini mungkin merupakan aset rahsia di Angkatan Luar Angkasa yang belum ditunjukkan kepada orang ramai," katanya.

Klip berkenaan telah ditonton lebih dari 47,000 kali dan ramai penonton mendakwa itu adalah sejenis satelit namun disangkal oleh Blake.

"Sebilangan orang mungkin menganggap ini adalah satelit, tetapi objek aneh ini berada terlalu dekat dengan ISS dan saiznya terlalu besar,"

"Pendapat saya, ia mungkin penampakan UFO terbaik untuk tahun 2020.

"Namun sekiranya ini adalah satelit atau serpihan di angkasa, ISS akan diancam dengan pertembungan yang seterusnya akan menjadi bencana.”, katanya.

Dalam perkembangan lain, seorang saintis dari NASA mendakwa, penemuan dengan makhluk asing boleh membantu manusia untuk lebih memahami teori dan ruang angkasa lepas dengan mudah.

Sumber: Daily Star

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}