Seorang pemuda yang dikenali di laman media sosial sebagai Ayien telah kehilangan ibu dan abangnya akibat COVID-19.
Insan tersayang buat Ayien pergi meninggalkannya apabila dijangkiti COVID-19 di tahap kelima iaitu di tahap yang kritikal sekali.
Menerusi ciapan di lama Twitternya, dia bersama adik-beradik yang lain berpakaian penuh pakaian perlindungan diri (PPE) ketika menguruskan dan mengebumikan jenazah ibunya.
“Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat covid stage 5, abang pula meninggal semalam 1 Ogos juga disebabkan covid stage 5,” luahnya.
Ujian menimpa apabila dia sekeluarga mendapat perkhabaran mengenai keadaan kakaknya yang sedang koma dan kritikal ketika ini.
“Hari ini mendapat perkhabaran kakak saya yang sedang koma, keadaan semakin kritikal,” katanya.
Ayien memohon doa daripada pengikutnya agar kakaknya kembali sembuh daripada wabak yang membawa maut ini.
“Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya tak kuat dah,” ujarnya.
Rata-rata warganet turut bersimpati akan situasi yang menimpa pemuda ini sekeluarga dan berharap terus kuat menghadapi ujian berat ini.
Kredit Twitter @yein654
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.