Peminat K-pop di Thailand menjalankan inisiatif seperti menampal poster kempen hari lahir selebriti Korea bagi membantu pemandu ‘tuk-tuk’ yang hilang punca pendapatan akibat COVID-19.
Jika sebelum ini, pemandu ‘tuk-tuk’, Samran Thammasa tidak mengetahui nama bintang K-pop Jessica Jung tetapi para peminat selebriti itu di Thailand membantunya meraih pendapatan.
Kini, dia berjaya meraih sebanyak 600 Baht (RM78) sebulan hasil daripada iklan K-pop di kenderaannya itu.
“Pendapatan itu mungkin tidak banyak bagi kebanyakan orang, namun ia besar bagi kami,” katanya.
Tambahnya, lebih setahun pemandu ‘tuk-tuk’ tidak dapat pelanggan akibat pandemik dan kini mereka hanya perlu membawa iklan K-pop menaiki kenderaan itu sahaja mengelilingi bandar.
Para peminat K-pop kini membelanjakan iklan meraikan hari lahir dan promosi pelancaran album bintang pujaan mereka melalui pemandu tuk-tuk dan penjaja makanan di jalanan bagi menyokong dan membantu kelangsungan hidup mereka.
Sumber: Reuters
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.