Siapa peminat siri animasi Jepun? Lebih-lebih lagi animasi kegemaran kanak-kanak Malaysia, Doraemon!
Khabar duka bagi industri animasi Jepun apabila pemilik suara pertama watak Nobita dalam siri animasi popular Jepun ‘Doraemon’, Yoshiko Ota, meninggal dunia.
Mendiang dilaporkan meninggal dunia pada usia 89 tahun dan punca kematian akibat kegagalan jantung.
Ota dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di wilayah Kanagawa Jepun pada 29 Oktober lalu.
Namun, pihak The Theatre Echo Company iaitu tempat Ota bekerja sebagai pengalih suara memaklumkan kematiannya pada 8 Nov.
Untuk rekod, suara Nobita yang pertama pada 1973 adalah milik Ota.
Malah, mendiang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang animasi dan menyumbang suaranya kepada watak-watak animasi yang lain seperti Leo dalam 1966 Jungle Emperor Leo, Atsuko Kagami dalam 1969 Himitsu No Akko-chan, dan Baby Panda dalam Panda! Go, Panda!
Wilayah Hyogo menjadi tempat kelahirannya dan 25 April 1932 adalah tarikh kelahiran Ota.
Pada tahun 1947, dia menyertai teater muzikal Takarazuka Revue, di mana dia bertemu suaminya dan yang juga pelakon suara, Osamu Saka.
Pada 2016, Ota menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Festival Anime Tokyo atas sumbangannya kepada karya animasi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.