Sebuah kereta dilanggar sebuah kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Landasan Kilometer 31 berdekatan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya memaklumkan tiada sebarang kecederaan berlaku ketika kejadian pada 9.40 pagi itu.
Video berdurasi 40 saat di laman Facebook menunjukkan sebuah kereta Perodua Axia bergerak ke arah pintu besar pelabuhan berkenaan dan kemudiannya dilanggar kereta api.
Kejadian berlaku ketika kereta api dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun itu sedang dalam perjalanan dari stesen Pasir Gudang menuju ke stesen Pelabuhan Johor.
“Bagaimanapun secara tiba-tiba kereta api itu telah terlanggar sisi hadapan kiri sebuah kereta Perodua Axia dipandu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan memasuki pintu utama Pelabuhan Johor,” katanya.
Dilaporkan, kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang tidak fokus dan perasan dengan pergerakan kereta api di hadapannya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.