Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Durian Runtuh! PTPTN Rai Pemenang Gameshow Tabung Impian Sempena Jubli Perak 25 Tahun PTPTN

Ditayangkan secara live di Facebook ERA, Gameshow Tabung Impian menerima sambutan sangat menggalakkan! Jumlah penyertaan mencecah…
Hanafis Haris
14 Sep 2022, 04:51 PM

Artikel ini ditaja oleh PTPTN

Pemenang PTPTN Gameshow Tabung Impian

Kredit: PTPTN

Pernah terbayang tak korang boleh menang wang tunai RM50,000? Ibarat ‘durian runtuh’ bukan?

Namun, Itulah momen indah kemenangan peserta yang menyertai Gameshow Tabung Impian anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), 8 September lalu.

Gameshow Tabung Impian ini buat julung-julung kalinya merupakan satu inisiatif dan usaha kreatif PTPTN dalam meraikan pelanggan mereka bersempena ulang tahun perbadanan tersebut yang ke-25!

Untuk pengetahuan, Gameshow Tabung Impian ini telah pun berlangsung dengan cukup meriah apabila disiarkan secara live di Facebook ERA jam 9 malam, 8 September lalu.

Cipta Fenomena! Penyertaan Memberangsangkan! 

Antara pemenang utama PTPTN Gameshow Tabung ImpianKredit: PTPTN

Biarpun ini kali pertama PTPTN mengadakan Gameshow Tabung Impian, program tersebut telah mencipta fenomena apabila menerima penyertaan menggalakkan.

Bayangkan, tidak sampai tiga minggu penyertaan dibuka pada 1 hingga 21 Ogos lalu, seramai 294 peserta telah mendaftar dan mencuba nasib untuk membawa pulang hadiah utama sehingga RM50,000.

Namun, daripada jumlah 294 peserta itu, hanya 100 peserta yang dipilih menerusi slogan paling kreatif mereka.

Sambutan menggalakan ini memang di luar jangkaan!

Antara pemenang live PTPTN Gameshow Tabung Impian

Kredit: PTPTN

Sepanjang 3 jam live Gameshow ini berlangsung dari pukul 9 malam, 3 peserta yang memang handal ini telah terpilih untuk ke pusingan akhir untuk mengutip wang kemenangan mereka tersendiri.

Peserta utama Encik Azizul Haizam telah menunjukkan kecerdasannya apabila berjaya mengutip wang keseluruhan berjumlah RM15,500 dan secara langsung dinobatkan juara untuk Gameshow pertama PTPTN. Manakala di tempat kedua dan ketiga menyaksikan Encik Muhd Hazim dan Encik Mohd Faizal berkongsi jumlah wang kemenangan yang sama iaitu sebanyak RM8,500.

Tidak ketinggalan juga kepada peserta yang menyertai kerana mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Sebanyak RM400 turut diberikan kepada peserta top 25 dan sagu hati sebanyak RM50 untuk yang tidak layak ke top 25.

Menariknya lagi tentang Gameshow Tabung Impian ini, ia bukan hanya memberikan hadiah kepada 100 peserta yang menyertai secara langsung di pentas, sebaliknya turut memberi peluang untuk mereka yang menyaksikannya di Facebook ERA.

Bak kata pepatah Melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah bertuahnya nasib para penonton ERA yang menonton dan meneka soalan-soalan yang diberikan dengan tepat. Memang menarik apabila mereka yang tersenarai tidak terlepas membawa pulang RM100 sehingga RM350!

Apa Sebenarnya Gameshow Tabung Impian PTPTN Ni? 

Untuk makluman korang, sudah 25 tahun penubuhan PTPTN yang berperanan dalam menyumbang kepada modal insan negara.

Satu angka yang cukup untuk mematangkan sesebuah organisasi yang bermula dengan satu tujuan iaitu bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dari mendapatkan akses pendidikan tinggi.

Sepanjang 25 tahun itu jugalah ramai pelajar yang telah dibantu PTPTN untuk merealisasikan impian mereka ke puncak menara gading. 👨‍🎓 Terbaik kan?

Macam-macam inisiatif dibuat! Semuanya sebab nak mudahkan pelajar menuntut ilmu dengan selesa tanpa bebanan kewangan.

Daripada proses pinjaman sehinggalah bayaran balik, semuanya dipermudahkan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by PTPTN (@ptptnofficial)

PTPTN nak meraikan semua dengan tawaran hadiah menarik untuk orang ramai. Maka, terlahirlah Gameshow Tabung Impian!

Macam Mana Nak Tonton Tabung Impian Gameshow?

Buat semua yang terlepas menyaksikan siaran langsung gameshow Khamis lepas, jangan risau korang boleh tontonnya di sini 👇

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}