Satu video yang dikongsikan dilaman Twitter menunjukkan iklan kesedaran telah membuatkan ramai warganet 'buka mata'.
Video berdurasi 1:47 minit itu menunjukkan perbandingan antara ibu dan pembantu rumah, melihat siapa yang lebih memahami dan mengenali anak yang mereka jaga.
Antara soalan yang diajukan adalah seperti cita-cita, kawan baik, subjek kegemaran dan rakan lelaki yang disukai oleh anak tersebut.
Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah syarikat di Singapura itu menunjukkan 74% daripada pembantu rumah berjaya menjawab soalan dengan tepat, berbanding dengan ibu kandung sendiri.
Malah, kanak-kanak yang dijaga oleh pembantu rumah ini lebih selesa berkongsikan masalah mereka kepada pembantu rumah masing-masing, walaupun ibu kandung mereka ada di rumah!
Rata-rata warganet turut terkesan melihat video berkenaan yang mencecah lebih 1.54 juta view dalam masa beberapa hari ia dikongsikan.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.