Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Pemandu Treler Bukan Mabuk, Pihak Berkuasa Tampil Sahkan Pemandu Kena Serangan Jantung

Jangan mudah percaya berita yang tak sahih!
Muhammad Izwan Zainal
05 Jan 2022, 06:15 PM

Seorang pemandu treler yang dikatakan mabuk terbabit nahas dengan tiga buah kereta lain adalah tidak benar.

Video tular yang dikongsikan itu sebenarnya mendapati lelaki berkenaan mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.

pemandu treler bukan mabuk, pihak berkuasa tampil sahkan pemandu kena serangan jantung

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar memaklumkan pihaknya mendapat makluman dan mengesan sebuah video tular tersebut.

“Pemandu treler itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar tiga buah kereta yang diparkir di bahu jalan.

“Lelaki itu dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.09 tengah hari. Punca kematian adalah 'myocardial infarction' (serangan jantung),” katanya.

pemandu treler bukan mabuk, pihak berkuasa tampil sahkan pemandu kena serangan jantung

Pihaknya menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang informasi yang tidak benar untuk menjaga perasaan dan menghormati waris keluarga.

Terdahulu, video berdurasi tiga minit yang memaparkan insiden nahas tersebut tular di media sosial dan seorang wanita bertindak menuduh pemandu lori itu mabuk sehingga melanggar beberapa buah kenderaan mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Rakan pemandu berkenaan berkongsi kisah sebenar dan mendedahkan lelaki itu meninggal dunia akibat sakit jantung dan bukannya mabuk seperti yang disebarkan.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}