Kejadian menyayat hati apabila seorang pemandu bas maut digilis bas miliknya ketika sibuk membaiki kerosakan kenderaan itu di Plaza Tol Subang, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Klang.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, beliau mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang selepas mangsa memberhentikan bas tanpa penumpang itu di tepi jalan.
Pemandu bas tersebut bertindak masuk ke bawah kenderaan itu untuk membaik pulih kenderaan yang dipercayai mengalami kerosakan.
Tambahnya, mangsa dipercayai sedang sibuk melakukan kerja baik pulih kenderaan sebelum bergerak lalu menggilis mangsa.
“Mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan serta sebab kematian,” katanya.
Orang ramai diseru untuk tampil ke balai polis berhampiran jika melihat kejadian tersebut untuk membantu siasatan.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.