Seorang penunggang motosikal dipercayai dirempuh sebuah lori di Kilometer 281, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi tadi.
Pegawai perubatan mengesahkan mangsa yang dikenali sebagai Mazaitul Hafiszan Ma’an, disahkan meninggal dunia di lokasi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya juga mengesahkan ada menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 4.31 pagi sebelum pasukannya bertindak ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan, sebuah lori dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah motosikal jenis Yamaha LC,” katanya.
Tambahnya, mangsa dilaporkan tercampak di tengah jalan dan dipercayai digilis oleh lori yang sama.
Namun, kelibat pemandu lori yang terlibat dengan kemalangan tersebut tidak dijumpai apabila pasukan bomba sampai ke tempat kejadian.
Anggota bomba membersihkan lokasi kejadian sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan berikutnya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.