Seorang pemandu bertindak melanggar lampu isyarat merah terkejut apabila bertembung dengan sebuah kereta milik pihak Polis yang sedang bertugas di Johor Bahru, Johor.
Menurut perkongsian video kamera papan pemuka (dashcam) milik Hong Ah, video berdurasi 24 saat itu berlaku di hadapan sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru.
Difahamkan, pemilik kenderaan itu terkedu apabila tidak dapat melintasi simpang jalan raya tersebut apabila bertembung dengan kenderaan pihak berkuasa.
Namun, kenderaan tersebut bertindak mengundur sedikit ketika lalu linbtas sedang sibuk.
Pihak berkuasa dilihat tidak memberhentikan kenderaannya dan beredar daripada tempat berkenaan.
Pelbagai reaksi daripada warganet apabila melihat tindakan pengguna jalan raya tersebut dan berharap tidak mengulangi kesalahannya.
“Harap pihak polis melakukan tindakan terhadap pemandu tu,” kata warganet.
“Itulah langgar lampu isyarat lagi, tunggu je surat ‘cinta’ denda, kompaun datang kat rumah,” kata seorang warganet dengan berseloroh.
“Jangan tiru aksi ini guys, bahaya tau langgar lampu merah ni,” kata pengguna Facebook.
Sumber: World Of Buzz
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.