Seorang pemandu bertindak melanggar kereta pemandu di hadapannya kerana mahu mengelak daripada membayar tol.
Video berdurasi satu minit 12 saat yang dirakam kamera papan pemuka itu tular di media sosial sehingga mendapat kecaman daripada pengguna media sosial.
Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Plaza Tol Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) semalam.
Malah, video itu jelas memaparkan pemandu tersebut mengikut rapat kereta dihadapannya didakwa untuk mengelak membayar tol.
Tindakan pantas pemilik video berkenaan dilihat cuba untuk menghalang perbuatan tidak bertanggungjawab pemandu tersebut dengan memperlahankan kenderaannya namun tindakan itu gagal.
Pemandu tersebut berjaya meloloskan diri malah turut melanggar kenderaan pemilik rakaman itu.
Rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab itu yang menganggap tindakannya itu boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.