Seorang pemandu kereta tular apabila video rakaman menunjukkan dia selamba masuk ke lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang.
Individu berkenaan dilihat memandu kereta jenis Proton Saga berwarna kelabu dan dipercayai tersilap lorong.
Video berdurasi kira-kira 30 saat dirakam oleh orang awam yang melalui jambatan tersebut dan tiada sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian setakat ini.
Malah, kenderaan tersebut dilihat dipandu dengan laju ketika memasuki lorong motosikal.
Rata-rata warganet memberikan reaksi terhadap tindakan pemandu tersebut yang mungkin keliru memasuki lorong motosikal.
Namun, ada sesetengah warganet juga mengecam tindakan pemandu kereta yang memandu di lorong motosikal yang boleh mengancam keselamatan penunggang motosikal.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.