Seorang pemancing berjaya meraih tangkapan luar biasa seekor ikan berkepala buaya di sebatang sungai di Texas.
Danny Lee Smith menangkap ikan tersebut di Sungai Neosho, Amerika Syarikat pada bulan lalu.
Namun, kisahnya mula dipaparkan menerusi sebuah dokumentari tentang kejayaannya itu.
Ikan berkepala buaya itu seberat 17.92 kilogram (kg) manakala panjang haiwan tersebut ialah 1.37 meter.
Menurut Jabatan Hidupan Liar dan Taman Kansas (KDWP), lelaki itu berkongsi kejayaannya menangkap haiwan itu setelah mengikuti tip memancing ikan di sungai berkenaan.
Malah, pihak Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan AS juga memaklumkan ikan sebegitu boleh ditemui di kawasan dari barat daya Ohio dan selatan IIIinois sehingga ke Sungai Mississippi serta di Teluk Mexico.
Namun, keberadaan haiwan itu di Sungai Neosho masih menjadi misteri sehingga kini kerana ikan itu bukannya haiwan yang hidup secara semula jadi di sungai itu.
Penyelia Ikan di Jabatan Hidupan Liar dan Taman Kansas, Sean Lynott berpendapat ikan tersebut mungkin dilepaskan ke sungai itu dari sebuah akuarium.
“Terdapat juga kemungkinan bahawa seseorang individu telah melepaskan haiwan itu ke sungai tersebut,” katanya.
Sumber: Wtsp.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.