Kredit foto: terengganu11.com
Bermula musim depan, kesemua pemain yang bernaung dibawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
Perkara berkenaan disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Beliau berkata, pelaksanaan itu bagaimanapun hanya terpakai kepada pemain bola sepak beragama Islam.
"Kita akan pastikan semua pemain memakai pakaian yang menutup aurat dalam semua perlawanan sama ada di Terengganu atau di luar sementara pemain yang bukan beragama Islam, kita hanya galakkan mereka untuk mengikuti jejak pemain beragama Islam.
"Dari sudut pelaksanaan, kita akan lakukannya secara beransur-ansur dan bukan dengan perubahan drastik yang melibatkan keseluruhan (semua atlet).
"Kerajaan negeri akan meminta nasihat dan panduan daripada Mufti Terengganu (Datuk Zulkifli Muda) dalam semua aspek pelaksanaan termasuk berkaitan pakaian dan juga jenis-jenis sukan.” katanya seperti yang dipetik daripada Kosmo.
Sumber: Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.