Tanggal 21 April setiap tahun, Indonesia telah menganjurkan Hari Kartini, iaitu satu hari bagi memperingati pejuang wanita yang menegakkan keadilan bagi kaum wanita dinegara itu, iaitu Raden Ajeng Kartini.
Sempena memperingati hari tersebut, acara “Kartini Go Surf” juga telah diadakan pada Sabtu lalu dengan satu tarikan baru, iaitu wanita yang meluncur air sambil memakai busana kebaya.
Acara yang dianjurkan di Bali ini telah menjemput ramai peluncur-peluncur air serata dunia, seperti Korea dan Amerika Syarikat.
Mina Jo, salah seorang peserta acara meluncur dari Korea berkata, agak susah sebenarnya untuk bergerak di atas papan seluncur dengan memakai kebaya, tetapi ia tidak menjadi masalah buat dirinya untuk bersama-sama meraikan Hari Kartini bersama penduduk setempat.
Menurut penganjur acara Kartini Go Surf, Piping Irawan, acara ini adalah pertama kali seumpamanya diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat water surfing serata dunia. Ia juga menunjukkan kebolehan kaum wanita dalam meluncur air adalah sama hebatnya dengan kaum lelaki.
Sumber: Liputan6
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.