Kucing sering dikaitkan dengan pelbagai karakter unik yang ada masanya membuatkan kita merasa pening kepala.
Itu yang terjadi kepada Georgia Careless, pemilik kucing berusia 7 tahun, yang mana kucingnya itu gemar mencuri pakaian termasuk stokin dan pakaian dalam milik jirannya dan membawa ia pulang ke rumah.
Kucing yang diberi nama Kee Kee, akan menyelinap masuk ke rumah jiran-jiran menerusi tingkap, pintu dan mana-mana laluan, bertujuan mencuri pakaian, malah pernah juga membawa pulang bulu tangkis dan bola.
“Dia suka membawa balik barangan yang pelik, kami memanggilnya Naughty Torty,” kata Georgia.
Keadaan lebih teruk ketika musim panas apabila jiran-jirannya akan membuka pintu rumah, dan memudahkan operasi Kee Kee dilakukan.
“Ada hari dalam masa satu jam setengah, dia bawa balik 8 pasang stokin dalam satu masa,” tambah Georgia.
Disebabkan itu, Georgia terpaksa membuat hantaran di Facebook bagi memulangkan kembali kesemua barangan yang dicuri kucingnya itu kepada pemilik asalnya kembali.
Sumber: Metro UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.