Stephen McKears, 72, merupakan seorang pesara dari Severn Beach, Amerika Syarikat, terkejut apabila mendapati bangsal rumahnya seringkali dikemaskan oleh sesuatu.
Pada awalnya, Stephen mendapati kebanyakkan barangan dibangsal itu akan berada dalam sebuah bekas aiskrim, walaupun telah diletakkan ditempat berasingan. Merasa curiga dengan kejadian ini, Stephen nekad untuk menyiasat.
“Saya tidak tahu bagaimana ia terjadi. Anak-anak saya mengatakan ia kerja makhluk halus. Saya cuba mengosongkan bekas aiskrim itu, tetapi ia akan kembali penuh keesokkan harinya, Saya ingat saya sudah kurang siuman”
Dengan bantuan jirannya, Stephen meletakkan kamera tersembunyi bagi menyiasat kejadian pelik ini. Rupanya ia adalah angkara seekor tikus yang dilihat mengemas barangan dibangsal terbabit, dan meletakkan ia kedalam bekas aiskrim.
Sejak dari itu, Stephen dan penduduk setempat memanggil tikus berkenaan dengan nama ‘Metal Mickey’.
Sumber: Elite Readers
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.