Ketika ini, peminat permainan konsol terbaharu keluaran Sony, PlayStation 5 amat menanti-nantikan permainan itu untuk tiba dihadapan pintu rumah masing-masing.
Bagaimanapun, seorang pelanggan yang kurang bernasib baik menerima barangan aneh seperi beras, makanan kucing, mesin urutan kaki dan pemanggang.
Malah, ada juga pelanggan yang masih tidak menerima barangan tersebut, meskipun sudah menerima notifikasi menyatakan ia sudah dihantar dan diterima.
Pihak Amazon kini sedang melakukan siasatan dan tidak menolak kemungkinan berlaku kecurian permainan berkenaan sebelum ia sampai ke tangan penerima.
Salah seorang jurucakap Amazon berkata, pihaknya kini sedang melakukan siasatan dan akan menangani masalah itu dengan segera. Malah, orang ramai yang mengalami masalah itu boleh segera menghubungi pasukan khidmat pelanggan mereka.
Sumber: Metro UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.