Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Pelanggan Berebut Beli Ikan 10 Sen Seekor Sehingga Abai SOP, Netizen Risau Berlaku Kluster Baharu

Dek ikan 10 sen seekor sanggup berhimpit?
Muhammad Izwan Zainal
11 Mar 2022, 03:17 PM

Baru-baru ini, tular gambar di laman media sosial apabila ramai pelanggan berebut promosi ikan mabong di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan.

pelanggan berebut beli ikan 10 sen seekor sehingga abai sop, netizen risau berlaku kluster baharu

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Mohd Suhaimi Ali, beliau memaklumkan kejadian itu berlaku sempena pembukaan pasar raya itu di Tunjong.

“Pada 3 petang tadi, tular satu rakaman video di media sosial mengenai kejadian orang ramai berebut mendapatkan barangan keperluan tanpa mengamalkan penjarakan sosial dan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

“Semakan mendapati berlaku perkumpulan pelanggan di tempat jualan disebabkan orang ramai berebut untuk mendapatkan ikan mabong yang dijual dengan harga 10 sen seekor.

“Kejadian itu berlaku sebaik sahaja selesai majlis perasmian pembukaan pasar raya berkenaan dan ia berlangsung lebih kurang 10 minit sebelum tindakan menghentikan jualan terbabit dilakukan oleh pihak pengurusan,” katanya.

Video berdurasi 16 saat jelas memaparkan sekumpulan pelanggan pasar raya berhimpit-himpit untuk mendapatkan ikan mabong yang dijual dengan harga 10 sen seekor sehingga mengendahkan SOP.

Tambahnya, pihak pengurusan dilaporkan segera menamatkan tawaran harga murah itu dan keadaan kembali terkawal.

“Saya menasihati orang ramai agar tidak menularkan isu terbabit dan sentiasa mematuhi SOP semasa berada di tempat awam,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}