Pelancong yang sudah divaksinasi boleh bercuti di Phuket bermula Khamis, 1 Julai di bawah inisiatif untuk meningkatkan semua industri pelancongan akibat pandemik COVID-19.
Pelan “Phuket sandbox” ini perlu dipatuhi pelancong tempatan atau luar negara iaitu mereka perlu lengkap dua dos vaksin dan tidak perlu kuarantin.
Selepas 14 hari, mereka perlu melakukan ujian calitan (swab test) sebanyak tiga kali dengan keputusan negatif sebelum dibenarkan ke daerah di seluruh Thailand.
Usaha ini diambil kerajaan Thailand bagi merancakkan ekonomi yang selama ini bergantung kepada sektor pelancongan.
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha sudah berada di Phuket untuk meninjau situasi semasa di Phuket dan lebih 249 pelancong dari Israel, Abu Dhabi dan Qatar sudah berada di pusat peranginan itu.
Sumber: Reuters
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.