Penduduk tempatan dan pelancong di Phuket tergamam selepas melihat kemunculan UFO dan awan berwarna merah di ruang udara Laguna.
Menurut laporan daripada Mirror UK, pelancong dari New Zealand, Darren Blakeley, sempat merakamkan fenomena tersebut, yang kelihatan seakan-akan kilat sambar menyambar, sedangkan ketika itu adalah cuaca baik.
Ada netizen yang menyamakan fenomena tersebut sama seperti babak dalam filem Avengers: Endgame.
"Saya percaya benda itu adalah UFO. Semua orang terpegun dengan apa yang mereka saksikan, tiada siapa yang mampu berkata-kata. Mereka kagum," katanya.
Sumber: Mirror UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.