Sebuah video tular yang memaparkan beberapa pelajar bertindak melakukan aktiviti buli di salah sebuah institusi pendidikan mendapat kecaman hebat.
Setakat ini, kejadian itu dipercayai berlaku dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh tetapi lokasinya masih tidak diketahui.
Menurut perkongsian video tular itu, mangsa buli dilihat dikerumuni pelajar-pelajar yang cuba untuk mencederakannya dengan menumbuk perut mangsa.
Malah, lebih menyedihkan apabila melihat rakan-rakan pelaku yang lain bertindak memberikan arahan untuk melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu lagi.
Melalui satu tangkap layar yang dimuat naik di laman Twitter pula, kejadian terbabit dipercayai berlaku di salah sebuah maktab pengajian tetapi masih tidak dijelaskan secara terperinci nama penuh maktab tersebut.
Pelbagai reaksi yang diberikan warganet terhadap video tular itu dan kebanyakannya mengecam akan tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.
“Maktab dimana ini, usahlah membuli orang begitu,” komen pengguna laman Twitter.
“Harap pihak berkuasa ambil tindakan cepat yang sewajarnya, kesian mangsa dibuat macam itu,” komen seorang warganet.
Malah, orang ramai menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menyiasat kejadian tersebut.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.