Seorang pelakon Rusia dan pengarah filem selamat tiba di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) untuk memulakan penggambaran filem selama 12 hari.
Penggambaran filem itu dijangka mengatasi projek Hollywood untuk melakukan perkara yang sama seperti diumumkan oleh pelakon 'Mission Impossible', Tom Cruise bersama dengan agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan pemilik syarikat SpaceX, Elon Musk.
Pelakon Yulia Peresild, 37, dan pengarah filem, Klim Shipenko, 38, berlepas dari sebuah pusat pelancaran roket di Baikonur, Kazakhstan pada awal pagi Selasa waktu tempatan sebelum tiba di ISS pada hari yang sama.
Mereka menaiki sebuah kapal angkasa yang kemudian berpisah dengan roket Soyuz buatan Rusia tersebut ke ISS.
Kapal angkasa itu dikendalikan oleh seorang angkasawan veteran Rusia, Anton Shkaplerov.
Ketiga-tiga mereka disambut oleh dua angkasawan Rusia, seorang angkasawan Perancis, seorang angkasawan Jepun dan tiga angkasawan NASA di ISS.
Filem berjudul ‘The Challenge’ akan dibintangi pelakon wanita itu mengisahkan tentang seorang doktor wanita yang dihantar ke ISS untuk menyelamatkan seorang angkasawan.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.