Puluhan ribu pelajar di Jerman melahirkan rasa tidak puas hati kerana soalan peperiksaan persediaan memasuki universiti didakwa terlalu sukar.
Peperiksaan yang dikenali sebagai Abitur memerlukan setiap pelajar yang lulus ujian akhir peringkat sekolah menengah sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti.
Menurut salah seorang pelajar, Sophie Basmann, peperiksaan kali ini lebih susah daripada tahun sebelumnya.
"Ia terlalu sukar berbanding tahun sebelumnya.
"Kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan Abitur menghabiskan banyak masa mengulangkaji subjek matematik,", katanya.
Seorang guru matematik juga memerlukan sekurangnya 15 jam untuk menghabiskan ujian tersebut, sedangkan pelajar hanya diberi masa selama 5 jam.
Setakat ini lebih daripada 70 ribu pelajar sudah menandatangani petisyen menggesa agar pemarkahan lebih longgar kerana soalan matematik itu adalah terlalu sukar.
Beberapa pemimpin dan ahli politik bagaimanapun mendakwa pelajar tidak seharusnya bersikap terlalu manja.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.