Masalah beg berat yang dihadapi pelajar mungkin dapat dikurangkan apabila Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menyediakan buku teks digital bagi semua pelajar sekolah menengah di negara ini menjelang 2022.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Cheng berkata, pada tahun hadapan kementerian bercadang mewujudkan buku teks digital untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.
“Manakala bagi buku teks digital interaktif, kementerian bercadang untuk mewujudkannya untuk pelajar Tingkatan 3 pada 2020. Pada 2021 pula kementerian akan menyediakan buku teks digital interaktif untuk pelajar Tingkatan 1,3 dan 4.
“Untuk tahun 2022 buku teks digital interaktif akan disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5,” katanya seperti yang dipetik dari BERNAMA.
Penggunaan buku teks digital juga dijangka dapat memberikan pelajar pengetahuan melampaui bilik darjah serta mengurangkan penggunaan kertas.
Jom standby buku elektronik dengan mendapatkan tablet dengan harga ekslusif disini --> http://bit.ly/...daTabletARSBm
Masukkan kod promo LAZADARADIO untuk setiap pembelian minimum RM80 dan korang akan dapat potongan sebanyak RM12. Terhad kepada 300 orang yang terawal je tau? Promosi ini hanya sah bermula 10 sehingga kesemua kod promo habis ditebus ok!
#MYLazada1212 #Lazada1212ERA
Sumber: Siakap Keli
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.