Seorang pelajar Malaysia, Maryam Balqis Abdul Rashid,23, berjaya membuatkan negara berbangga atas kejayannya memperoleh keputusan yang cemerlang sepanjang pengajiannya.
Memperoleh CGPA 4.0, Maryam yang merupakan seorang pelajar Arizona State University dalam bidang Sustainability (Kelestarian) turut memperoleh beberapa anugerah seperti Community Assistant of The Year dan Outstanding Graduate Award Spring 2019.
Maryam merupakan salah seorang pelajar cemerlang di bawah tajaan MARA. Beliau sebelum ini merupakan bekas pelajar SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya dan juga merupakan alumni program Asas Ijazah Amerika di Kolej INTEC, Shah Alam.
Selain cemerlang dalam pelajar, Maryam juga bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Malah, beliau pernah memenangi beberapa anugerah di atas pencapaian beliau di ASU.
Phak MARA Washington melaporkan Maryam Balqis akan meneruskan pengajiannya ke pringkat ijazah sarjana dalam kurus ‘Penyelesaian Kelestarian’ pada bulan Ogos ini.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.