Seorang pelajar Korea Selatan telah mencipta sebuah rekaan teknologi ‘mata ketiga’ yang dipakai di dahi dan berfungsi untuk memberikan amaran awal kepada pengguna jika ada penghalang ketika berjalan.
Teknologi ini dicipta khas untuk seseorang yang obses dengan telefon pintar kerana ia boleh menjadi memantau pergerakan kita ibarat CCTV biarpun sedang sibuk menggunakan telefon.
Paeng Min Wook, pencipta ‘mata ketiga’ ini menekankan teknologinya direka bagi membantu manusia dan mengelakkan kemalangan berlaku ketika menggunakan telefon pintar.
‘Mata ketiga’ itu akan memberikan tindak balas awal secara automatik kepada individu yang memakainya.
Ia kelihatan seakan mata dan diperbuat daripada bahan-bahan seperti plastik lutsinar, mempunyai pembesar suara kecil dan monitor di kawasan depan ‘mata’ tersebut.
Si pemakai tidak perlu risau jika berlaku sesuatu yang menghalang di hadapannya seperti kemalangan, tiang, dinding dan lain-lain lagi.
Namun, Minwook berkata ia bukanlah solusi sepenuhnya kepada individu yang obses dengan telefon pintar.
Dia berharap orang ramai mendapat manfaat yang sewajarnya daripada rekaan ini dan tidak terlalu bergantung kepada ‘mata ketiga’ ini.
Sumber: Reuters
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.