Seorang pelajar lelaki tingkatan empat didakwa dipukul seniornya dalam kejadian di sebuah asrama sekolah sehingga mengakibatkan cedera pada mangsa di daerah Melaka Tengah, pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan mangsa dipanggil untuk berjumpa dengan pelajar tingkatan lima di sebuah bilik asrama kira-kira jam 2 pagi.
Lebih 10 orang senior mengelilingi mangsa dan bertanyakan berkenaan rokok elektronik sebelum dia dipukul beramai-ramai selepas tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan.
“Hasil siasatan awal dijalankan kemudian mendapati punca kejadian dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati kerana meminati pelajar perempuan yang sama.
“Laporan polis dibuat kira-kira jam 5.15 petang semalam oleh abang mangsa berusia 27 tahun selepas mengetahui kejadian menimpa adiknya itu,” katanya.
Tambahnya, pihaknya sudah mengambil keterangan 10 pelajar senior yang didakwa memukul mangsa.
“Bagaimanapun sehingga kini tiada tangkapan dibuat selain siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.