Satu peraturan baru kini membenarkan pelajar tidur pada jam 10 malam walaupun mereka tidak menyiapkan kerja rumah, nyata telah mencetuskan perdebatan di negara China.
Wilayah Zhejiang telah mencadangkan golongan murid agar tidur awal dengan kebenaran ibu dan bapa.
Menurut cadangan, jam 9 malam adalah waktu tidur bagi pelajar sekolah rendah manakala jam 10 malam adalah bagi pelajar menengah.
Pelan tindakan itu telah diterbitkan menerusi laman Jabatan Pendidikan Zhejiang pada Isnin lalu antara lain menasihatkan ibu bapa agar tidak menggalakkan persaingan antara pelajar.
Namun pelan tindakan itu telah membimbangkan ibu dan bapa kerana mereka khuatir anak mereka tidak bersedia untuk ujian atau peperiksaan bagi memasuki kolej dan universiti.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.