Ramai yang sering merungut dengan kerja yang dilakukan mereka sehari-harian. Tetapi tahukah anda, ada pekerjaan yang memaksa anda berkorban waktu tidur anda pada waktu malam?
Menurut kajian yang dilakukan oleh Hillarys, terdapat beberapa bidang pekerjaan yang membuatkan anda tidak cukup tidur iaitu:
Penjagaan kesihatan – Purata masa tidur: 4 jam 15 minit
Penguatkuasaan undang-undang - Purata masa tidur: 4 jam 30 minit
Pengajaran - Purata masa tidur: 4 jam 35 minit
Wartawan - Purata masa tidur: 4 jam 50 minit
Hospitaliti - Purata masa tidur: 5 jam
Purata masa tidur yang terhad ini dipengaruhi oleh syif masa yang panjang, tekanan dan merantau dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Hillarys juga merumuskan pekerjaan yang paling cukup masa rehat mereka adalah seperti berikut:
Rambut dan kecantikan - 9 jam 40 minit
Telemarketer - 8 jam 45 minit
Insurans - 8 jam 20 minit
Runcit - 8 jam 15 minit
Pembinaan - 8 jam 10 minit
Kajian berkenaan juga melaporkan mereka yang kurang tidur kerana terikat kepada pekerjaan masing-masing secara tidak langsung boleh mempengaruhi kesihatan mereka.
Sumber: Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.